20 Mac 2012
Untuk pertama kalinya Iman dinilai oleh 4 orang doktor pakar
di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail...
Berada di Hospital Sultan Ismail...
Membuat umi merasa seolah-olah berada di Hospital serdang
Sama dari segi kemudahan fizikalnya...
Yang umi tak perolehi di Hospital Segamat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Kad temujanji Iman...
Temujanji seterusnya 3 Julai...
agak berdebar juga menunggu tarikh ini...
Tulang belakang dan tulang punggung Iman akan di x ray...
Ya Allah jauhkanlah Iman dari discolated hip...
Hasil penilaian 4 doktor tersebut...
Doktor Daniel, doktor Sharon, Doktor Monica dan Doktor Zafefe...
Iman kemungkinan besar ada harapan berjalan menggunakan reverse walker ini...
Subhanallah...
Tak terkata umi...
Itu sudah cukup menjadi penawar duka lara di hati umi selama ini...
Sudah cukup membuatkan penat lelah umi selama ini berbaloi...
Sungguh hati ibu mana tidak mahukan yg terbaik...
Hati ibu mana yg tidak sayu...
Apabila Iman melangkah buat pertama kalinya tanpa bantuan sesiapa...
Subhanallah...
Detik yg tak mampu umi lupakan....
Kita akan terus berjuang anakku...
Berjuang sehingga noktah terakhir....
Ameeennn....
rase b'semangat bace entry kali ni...insyaAllah, usaha yg baik xkan Allah sia2kan...
ReplyDeleteMcm biase, Iman tetap comeii...
teruskan usaha ya mama..semoga iman boleh berjalan..kak ita seronok membaca entry ne....
ReplyDeletekak memang seorang ibu yg sangat kuat..Barakallah..
ReplyDelete