Kak long yang kesejukan...
Tgh demam pun...sempat lg nak posing2....
Kak Long dgn topeng mukanya....
Salam semua...lelah betul minggu ini...hr ni dah 3 hari aku mc..dan dah 6 hari kak long demam...demamnya bermula pada hari jumaat lepas...sewaktu kami nak bertolak ke cameron...ikutkan hati mahu saja aku batalkan niat ke cameron..yelah anak tak sihat, nak g holiday pun tak senang...tapi mengenangkan hotel yg dah ditempah...kami terpaksa jua bergerak ke cameron walau hati berat....
Seblum bertolak, aku meminta abg membawa kak long ke hospital pakar an-nur di Bangi...kak long kena ambik ubat demam, batuk dan selsema dan beberapa tips untuk membawanya bercuti.....Dr menasihatkan kak long tidak didedahkan di tempat yg ramai orang dan sentiasa memakai topeng muka...maklumla musim wabak H1N1 ni memang merisaukan.....
Di Cameron suhu badannya memang tidak menentu, ditambah lagi dgn keadaan cameron yg sejuk memburukkan lagi keadaannya...Hatiku risau...hati mahu segera pulang...dan aku terpaksa kerahkan abg beli ubat punggung sebab mkn ubat cecair demamnya tak mahu turun....
Sampai di Bangi, setelah pulang dari cameron demam kak long belum pulih sepenuhnya....Suhu badannya naik dan turun...makan ubat sejuk...selang 6 jam panas datang balik...dan pada hari Isnin...aku bawak dia ke klinik lagi sekali...Kak long dibekalkan antibiotik...setelah habis antibiotik, demam belum ok..barulah ujian darah akan dibuat....
Dan kemuncaknya malam tadi...Pukul 10, aku nak bawak Iman dan Mira masuk tidur...ingat hari ni aku dah boleh ke sekolah...tgk demam kak long dah beransur pulih...Petang semalam, aku dah bayar yuran lawatan kak long....sebab hari ni sepatutnya kak long mengikuti lawatan tadikanya ke Balai Bomba...tup2 aku terdengar kak long merengek-rengek...dia ni memang manja sikit...kurasa badannya...Ya Allah, panasnya badan dia...Dia nampak macam menggigil menahan kesakitan...Aku segera memasukkan ubat ikut punggung...bimbang sawan...cukuplah Iman sorang yg kena...segera aku call abg yg ada keje kat sunway...abg bergegas pulang...Pukul 12 malam abg sampai...Aku terus membawa kak long ke hospital serdang...bimbang penyakit lain yg datang...abg pulak jaga rumah...sebab Mira dan Iman dah tidur....Aku sengaja mengoffer diri untuk bawak kak Long...sebab aku tau abg dah 3 malam tak ckp tidur...dan untuk menunggu lama di emergency..memang abg tak sanggup....
Sampai kat hospital dah dkt pukul 1230 malam...Ya Allah ramainya org kat bahagian emergency...Ramai yang batuk dan demam..sampai dkt tmpat emergency, pihak hospital pasang khemah....Nak daftar pun kena berbaris panjang...kak long dah bising2 kepalanya pening...aku segera carikan kerusi untuk dia duduk...Dalam hati, kalau aku taula ramai mcm ni, baik aku ke An-Nur...tapi dah sampai...dah lewat malam pulak tu...aku teruskan niat aku...
Setelah daftar...tunggu agak lama jugak, dalam pukul 115 pg..nama kak long dipanggil untuk ambik darah...dua kali jarum ditusuk di lengannya...kak long merengek kecil...sakit katanya...alahai sian anak aku...Dia ni jarang sakit, tapi kalau dah sakit...teruk...
setelah ambik darah, kami diarah ke ruangan menunggu untuk berjumpa dr...Ramainya org...dan hanya satu bilik dibuka...dekat pukul 2 barulah kak long dibawa berjumpa dr...badannya masih panas dan sekali lagi ubat bontot dimasukkan...rupanya ubat bontot yg abg beli kat cameron tu tak ckp dos untuk kak long...dia kena ikt berat badannya....Dr suruh kak long rehat kat katil skjp sampaila suhu badannya menurun....Alamatnya aku kena mc lagi la hari ni...
Pukul 3 pg...kak long dibenarkan pulang...sebab keputusan darahnya ok...tiada jangkitan....keadaan paru-parunya juga ok...Lega rasa hatiku...tapi kalau demam kak long belum kebah sampai jumaat...aku kena bawak dia ke hospital lagi...Mintak2la kak long segera sihat....